Saturday, February 14, 2009

Pertemuan Ketua Angkatan Bersama Koordinator KKN

Satu pertemuan bersama Koordinator KKN UNPAD telah dilakukan di Lembaga Penilitian dan Pengabdian Masyarakat (LPPM) di Bandung pada Jumaat,13/2/2009.
Pertemuan ini telah dihadiri oleh Ketua Angkatan, Ketua Sema Andri ,Koordinator KKN FK iaitu Dr Ismail dan Koordinator KKN UNPAD
Kami bertiga telah berbincang dengan Koordinator KKN UNPAD untuk menyelesaikan masalah tarikh KKN yang dikatakan pada Julai-Ogos.
Antara alasan-alasan yang diberikan mengapa jadual KKN ditukar adalah:
1. Mereka megatakan bahawa antara sebab waktu KKN ditukar adalah kerana pelilihan umum pada bulan Apri-Jun, maka tiada gelombang pertama untuk KKN iaitu seperti dalam jadual adalah pada bulan April.
2.Mereka ingin menukar sistem KKN yang selama ini hanya melibatkan pelajar kepada lebih ramai dosen untuk melibatkan diri untuk KKN.
3.Ketidaktahuan mereka dengan jadual FK UNPAD yang adanya ujian pada bulan Julai dan cuti mahasiswa pada bulan Juli-Ogos.

Antara resolusi awal yang dipersetujui:
1.TIADA MASALAH untuk MENUKAR TARIKH KKN seperti tahun-tahun lepas iaitu gelombang ketiga pada bulan Oktober-Disember
2.Dari FK sendiri harus ada proposal pada bulan berapa KKN ingin diadakan dengan persetujuan dari dosen dan semua mahasiswa.

Kesimpulannya, tiada isu yang perlu dibangkitkan mengenai jadual KKN yang akan ditukar.
Dari pihak LPPM sendiri mereka tidak ada masalah dalam tarikh KKN kerana yang penting bagi mereka adalah semua pelajar setuju dengan tarikh tersebut.
Namun, sekarang perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan adalah tanggungjawab commitee angkatan dan juga SEMA bersama-sama membantu kita untuk memastikan perkara ini diselesaikan.
Diharapkan perkara KKN ini dapat dijelaskan oleh FK sendiri supaya tidak ada kekeliruan yang akan terjadi di kalangan mahasiswa.
Marilah kita sama-sama berdoa supaya tarikh KKN akan dikekalkan seperti tahun-tahun lepak yek!!
semangat!!

No comments:

Post a Comment