Tuesday, February 17, 2009

Laporan Majlis Makan Malam Bersama KPT (copied from PKPMI-CB)

salam/hi!

this is d report for majlis makan malam bersama KPT where d main objective is actually to clear out all rumours heard pertaining indonesian medical student (which is in green font). from fk2006,a few representatives had been sent:ahmad zulfahmi, yoyo, mogan, nadiahz, teha, patrick, micheal.u can ask them for more info on d issue and also tips to be THE DOCTOR in the future. especially on how to build up ur carrier.goodluck! :D

original article taken from PKPMI-CB.thankz!

p/s:there appear to be some kind of error.so, ive edited it a bit.but if u guys wanna see the original article which is actually in table form,just go to PKPMI-CB.sorry for d inconvenience.

--------------------------------------------------------------

article start.

Assalamualaikum & salam perpaduan...

Pada 13 Februari yg lalu, wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Malaysian Medical Council, dan Malaysian Dental Council telah mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil pelajar Malaysia yang ada di Bandung, Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Hotel Puri Khatulistiwa.
Aturcara dan perjalanan majlis tersebut adalah seperti berikut:
TARIKH : 13 Februari 2009
HARI : Jumaat
TEMPAT : Convention Hall, Hotel Puri Khatulistiwa
MASA : 7.00 malam

BIL
PERKARA

1.0Pembukaan majlis oleh En.Rosli B Sakimin
1.1 Pembacaan doa oleh Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin
1.2 Pengenalan ahli panel
1.2.1
Prof Dato Dr Nor Hisham Abdullah (KKM)
1.2.2 Datin Dr Nur Ain Abu Talib (MDC)
1.2.3 Dr Wan Mazlan B Wan Mohd (MMC)
1.2.4 Mr Perumal (KKM)
1.2.5 Prof Rujhen (KPT)

2.0 Ucapan dari Dr Wan Mazlan
2.1 Tujuan pertemuan antara perwakilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Malaysian Dental Council, JPA & dekan-dekan universiti di Indonesia pada 11 dan 12 Februari 2009 di Cikini, Jakarta adalah untuk mempertingkatkan kerjasama dan kolaborasi Malaysia-Indonesia dalam bidang pergigian
2.2 Kerajaan telah menguatkuasakan Akta Pindaan Majlis Pengajian Tinggi
2.2.1 Membolehkan aktiviti pelajar seiring dengan pembangunan global
2.2.2 Banyak kuasa diberi kepada lembaga pengarah universiti untuk membuat keputusan

3.0Ucapan Prof Dato Dr Nor Hisham
3.1Harapan agar pelajar-pelajar Malaysia dapat bersaing dengan pelajar perubatan di seluruh dunia
3.2 Menyatakan pelajar perubatan di Indonesia mentally affected kerana keadaan persekitaran di Indonesia
3.3 Kementerian Kesihatan Malaysia masih kekurangan doktor (masih kekurangan 53%)
3.4 Ciri-ciri pelajar terbaik
3.4.1 Bersedia sebelum kuliah, there is no short cut, Rome isn’t built in one day
3.4.2 Bertanya kepada dosen
3.4.3 Tidak mengharapkan spoon feeding
3.5 bagaimana ingin memilih untuk menjadi pakar
3.5.1Adakah anda suka berjumpa dengan pesakit?
3.5.2 Adakah anda seorang ulat buku?
3.5.3 Adakah anda seornag yang kasar/lembut?

4.0Sesi soal jawab
4.1 Harwant Singh
Bertanya mengenai pengiktirafan Malaysia ke atas universiti-universiti di Indonesia
Tiada pengumuman rasmi dari Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai universiti di Indonesia tidak diiktiraf
Pemerintah Indonesia mengubah kurikulum pendidikan kepada Kurikulum Berbasis Kompetensi
Kurikulum berdasarkan World Federation of Medicine
Akan mula dijalankan secara menyeluruh di Indonesia pada 2009

KENYATAAN RASMI
Kurikulum Berbasis Kompetensi
Sistem pendidikan kedokteran (Kurikulum Berbasis Kompetensi) di Indonesia akan diselaraskan di seluruh negara.
Tempoh pengajian perubatan di Indonesia menjadi 5 tahun dan diikuti satu ujian kompetensi.
Setelah ujian tersebut, pelajar Malaysia akan pulang dan mengikuti housemanship (sekarang 2 tahun) manakala pelajar Indonesia akan mengikuti housemanship selama 1 tahun di Indonesia.
Ujian Kompetensi diadakan sebanyak 3 kali setahun.
Pelajar dianggap kompeten sekiranya lulus ujian kompetensi dalam tempoh 2 tahun (6 kali percubaan)
Mula diwajibkan ke atas Angkatan 2009 dan seterusnya
Penubuhan Jawatankuasa bersama Malaysia-Indonesia
Jawatankuasa bersama dianggotai oleh pihak Malaysia iaitu wakil dari Malaysian Medical Council (MMC), Malaysian Dental Council (MDC), Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta wakil-wakil dari Indonesia
Jawatankuasa ini menjadi medium perantaraan bagi mengawasi perjalanan sistem pendidikan Pelajar Malaysia di Indonesia dan pelajar Indonesia di Malaysia
4.2
Ahmad Zulfahmi Mohd Kamaruzaman
Bertanya mengenai program persediaan / A-Level ke Indonesia dihantar ke India, Rusia dan Czech Republic
Tidak memberi pengaruh yang besar walaupun tidak dihantar ke tempat yang sepatutnya
Menangguhkan penghantaran pelajar biasiswa JPA / MARA ke Indonesia atas sebab ingin mereview kurikulum baru ysng disarankan oleh pemerintah Indonesia (Kurikulum Berbasis Kompetensi)
4.3Saifurrahman
Bertanya mengenai pengiktirafan Ujian Kompetensi Kedokteran Indonesia (UKDI) yang harus diambil oleh setiap mahasiswa tahun akhir kedokteran oleh KM dan MMC
UKDI diiktiraf oleh KKM dan MMC
4.3 Zainariah Zainal Abidin
Bertanya mengenai pengawasan langsung dari Malaysia seperti yang dilakukan oleh pihak UKM setiap 6 bulan
4.4 Khairul Hafidz Alkhair
Menjelaskan pertanyaan yang diajukan oleh Zainariah
Kuasa dosen untuk menggagalkan pelajar
Jawatankuasa Malaysia-Indonesia akan segera ditubuhkan
Menjadi saluran kepada mahasiswa untuk membuat aduan
4.5 Syed Muhammad Hafiz
Bertanya mengenai angkatan 2008 yang menjalani tempoh pembelajaran selama 5 tahun setengah tetapi bukan di bawah Kurikulum Berbasis Kompetensi
Tidak diwajibkan untuk mengambil Ujian Kompetensi tetapi amat digalakkan
4.6 Chong Kha Wah
Bertanya mengenai syllabus angkatan 2008 yang berbeza dengan angkatan 2006
Angkatan atas yang tidak graduate dalam tempoh 5 tahun
Kurikulum berdasarkan PBL system ditukar kepada non-PBL System
Tiada perubahan dalam tempoh masa pembelajaran hanya tempoh masa yang diperuntukkan untuk setiap sistem
Angkatan atas tidak graduate dalam tempoh 5 tahun kerana kesukaran untuk mendapatkan pesakit
Datin Dr Nur Aina akan melihat lebih mendalam mengenai hal mahasiswa kedokteran gigi
4.7 Faridhil Athrash Sallehan
Bertanya mengenai bidang kuasa Jawatankuasa Malaysia-Indonesia dan bila akan ditubuhkan
Bidang kuasa adalah untuk memantau kelancaran sistem pembelajaran pelajar Malaysia di Indonesia dan Pelajar Indonesia di Indonesia
Jawatankuasa akan ditubuhkan dalam tempoh 2-3 bulan
4.8 Muhammad Imran
Bertanya mengenai keterlibatan mahasiswa Farmasi
Mahasiswa Fakultas Farmasi tidak terlibat dalam Kurikulum Berbasis Kompetensi
4.9 Nur Hazwani Roslan
Bertanya mengenai markah ujian MDE yang dikatakan penting di Indonesia untuk menjadi pakar / spesialisasi. Adakah markah ini sah di Malaysia?
Tidak

5.0 Sesi fotografi mahasiswa UNPAD bersama ahli panel
6.0 Penangguhan majlis oleh En Rosli Sakimin
Majlis ditangguhkan pada jam 9.15 malamDiharap para pelajar Malaysia yang berada di Indonesia ini mendapat input daripada laporan di atas... Sekian dari PKPMI-CB

end of article.

No comments:

Post a Comment