Tuesday, March 03, 2009

Woo..Woo..Balik Kampong!!!

Amboi..Bukan main lega lagi kekawan kita bila tahu exam dah ditetapkan bila dan jam berapa! Semuanya mulai menguntum senyuman. Orang kawen pun tak sengeh sampai macamtu sekali. Beza sungguh dengan waktu pertama kali terdengar gussip murahan yang memang sangat kureeng tu, sorang-sorang buat muka tembok macam dah takkan ada cuti untuk selama-lamanya.

Diam tak diam, dah nak habis lagi satu system. Lepas ni mulalah kita lihat sana sini duk buat OPEN HOUSE! Makin kembonglah perot resakse yang wujud dekat A5.2 tu. Bertuah sungguhlah mahasiswa yang termaktub sebagai KPBI FK UNPAD’06 ni! Tak kira bahasa maupun budaya, semuanya dah terjalin sebagai keluarga. Pergi bilik ni, orang bagi makan, masuk bilik sebelah orang bagi LI, pi bilik lain, depa bagi Flip Chart skali. Syapa bilang hidup ini payah? Pokoqnya, sungguh seda' sekali!

Sebagaimana semuanya sedia amat maklum, MDE- Hematology System (HIS) dah ditetapkan pada 16 Mac 09, 0915 WiB. Dalam kata lain, kita cuma punya DUA minggu sahaja lagi. Makanya gunakanlah masa yang ada ini sebaik-baiknya. Tingkatkan lagi usaha, masih banyak yang mampu kita perbaiki. Bak kata Cik Melati [bukan nama sebenar], “Tabahkan Hati”. Jangan mudah terperdaya dengan keseronokan sementara dunia. [sebijik sejibik kena batan hidun penulis]

Akhir kalam, semoga berjaya kepada semua. Kami Komuniti Tertinggi FK’06 mendoakan segala yang terbaik untuk kegemilangan kita semua. Jangan lupa juga “assignment” yang telah ditugaskan. Laksanakannya dengan penuh tanggungjawab. Kesejahteraan DONIA di dalam genggaman TANGAN ANDA..

Man Jadda Wajadda..Wa Man Zar’a Hasaoda

No comments:

Post a Comment